Ahli-ahli Kumpulan HMC_Phlow

Showdown 2010

HMC Phlow telah menyertai Showdown 2010, sebuah rancangan pencarian kumpulan penari tarian jalanan di Malaysia. Krew ini berjaya menghadapi rintangan setiap minggu sepanjang mereka dalam pertandingan tersebut sehinggalah mereka tersingkir daripada pertandingan itu akibat tewas dalam pertembungan battle dengan Wakaka Krew. Mereka tewas pada minggu ke-9, sebelum minggu terakhir pertandingan itu.

  • Faruq
  • Epul
  • Fuzz
  • Hydzly
  • Fareez
  • Ismail

Showdown 2011

Kumpulan ini sekali lagi menyertai pertandingan tersebut pada tahun 2011, tetapi kekurangan seorang ahli kumpulan, iaitu Ismail. Mereka dapat mengharungi segala cabaran dalam pertandingan tersebut sehingga ke final. Pada minggu terakhir, mereka antara dua krew yang terselamat daripada disingkirkan, tetapi mereka harus ber-battle dengan Elecoldxhot, juga salah satu krew yang terselamat juga. Malangnya, HMC Phlow tewas dengan Elecoldxhot dengan kalah undian. Ini menjadikan kumpulan mereka sebagai tempat kedua dalam pertandingan tersebut.